Monday, December 28, 2009

Walimatul urus

Majlis meraikan dua beradik berselang hari....Perkahwinan antara EliFazlin bt Kasim dengan Mohamad Khubaib Adi bin Hj Abu Othman dan Ummu Hani bt Hj Abu Kasim dengan Mohd Hafiz bin Mokhtar telah berlangsung 2 hari berturut pada 26 & 27Disember 2009 bertempat di rumah Tn Hj Abu Othman di Lot 2366, Lorong Ros, Batu 18, Kampung Damai Kuang.Rawang. Ummu Hani dan Elifazlin merupakan bekas pelajar SM3KB. Eli Fazlin & suami Ummu Hani dan suami bersama rakan-rakan sekolah 2003.


Perkahwinan ini berlangsung jauh lebih awal daripada ini...tapi blogger tak sempat nak upload pada waktunya jadi maklumat pun dah tak tahu nak dapat di mana. Kalau ada yang kenal dengan mereka, bolehlah berikan maklumat untuk dikemaskini,






Saturday, December 26, 2009

Selamat Pengantin Baru ....



Menjelang tahun baru 2010 masih ada bekas pelajar SM3KB melansungkan perkahwinan. Ada yang mendapat orang luar , ada yang kekal menjadi satu sejak di bangku sekolah ..macam Epul dan Emy ni... Pengantin lelaki Saiful Hj Borhan ..tinggal di Taman Ariff KKB begu dengan Emy yang tinggal di Kalumpang. Tiada maklumat terkini sempat diperolehi ...jika ada yang tahu sila maklumkan di sini.