Saturday, March 26, 2011

MESYUARAT AGUNG KE 2

Sabtu, 26 Mac 2011 - Mesyuarat Agung Persatuan Alumni SMK KKB sedang berlangsung di Dewan Bestari SM3KB. Majis perasmian bermula jam 10.00 pagi dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Hakim bin Borham -Pengerusi JK Alumni SMKKKB. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr ALi Itis diikuti dengan ucapan aluan Pengerusu Alumni SMKKKB. Intipati ucapan Pengerusi mengharapkan ada penglibatan daripada x-sm3kbian untuk meneruskan perjuangan ALUMNI untuk membantu menjayakan perancangan sekolah menuju kecemerlangan. Harapan Pengerusi agar lebih ramai bekas pelajar menyertai persatuan ini untuk kejayaan bersama pada tahun-tahun mendatang. Sebelum mesyuarat bermula, Pengetua Cemerlang SM3KB, Tn Hj Manap bin Jarkasi telah menyampaikan ucapan dengan mempelawa ALUMNI untuk membuka ruang di Bilik Mesyuarat sekolah. Beliau turut mencadangkan ALUMI mengatur satu program HARI KELUARGA dengan pakej 2 hari 1 malam... menggunakan kemudahan Asrama sebagai usaha menyatukan semua bekas pelajar dari tahun 1959-hingga kini. Seterusnya mesyuarat bermula...

Saturday, March 5, 2011

MESY JK PRA MESY AGUNG

Jumaat, 4.3.11 - Mesyuarat telah diadakan petang tadi bagi membincangkan perancangan hari mesyuarat agung kali k 2 yang akan diakankan pada 26 Mac 2011 di Dewan Bestari SM3KB bermula jam 10.00 pagi. Melalui media semua ahli dan x-SM3KBian dijemput hadir.