Friday, May 4, 2012

Mesyuarat JK bil 1/2012

 Jumaat, 4.05.12 - Mesyuarat kali pertama JK baru yang dilantik dalam Mesyuarat Agung lalu telah diadakan pada hari ini jam 3.00 petang. Kehadiran lebih memuaskan dengan semangat baru beberapa ahli yang baru dilantik. Daripada 21 ahli JK, 14 merupakan ahli lama dan 9 ahli baru. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi baru ALUMNI - Sdr Mohd Fateh bin Hanif. Resolusi mesyuarat adalah untuk mencapai ahli seramai 200 menjelang akhir tahun 2012. Keahlian terkini adalah seramai 134 orang. Satu isu yang dibangkitkan ialah yuran keahlian yang tinggi. Sepatutnya sebarang masalah atau cadangan elok dibawa ke lantai mesyuarat agung. ALUMNI telah didaftarkan dengan butiran yang difikirkan sesuai pada masa itu, Sebarang pindaan seperti yuran ini perlu dibawa ke mesyuarat agung untuk diluluskan oleh ROS. Ayuh...daftarkan diri sebagai ahli biasa sebanyak RM10.00 saja... berapala sangat dengan gaji yang anda terima..kan? 7 Biro telah dibentuk terdiri daripada Biro Ekonomi,Pembangunan & Keselamatan, Biro Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan, Biro Pendidikan & Agama, Biro Keahlian, Biro Sukan & Kebajikan & Biro Penerangan & Multimmedia. dengan pengerusi masing2. Projek besar yang dirancang ialah Jamuan Hari Raya Alumni di bawah kelolaan Timb Pengerusi. Biro pelancongan merancang ke Pulau Batam selain Piala Pusingan akan disumbang oleh Sdr Yusof untuk Pertandingan PIDATO. Mesyuarat telah meluluskan permohonan untuk Sambutan Hari Guru -RM500.00 dan 1 meja@10 orang=Rm500.00 berjumlah RM1000.00. Pihak sekolah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.