Wednesday, July 31, 2013

IFTAR BERSAMA PELAJAR ASRAMA 2013

Selasas,30.07.13 - Kena pada tarikh 20 Ramadhan, JK bersama beberapa ahli ALUMNI telah mengadakan Majlis Iftar bersama putera puteri Asrama SM3KB. Bermula dengan bacaan Yassin untuk arwah-arwah guru dan pelajar SM3KB yang telah mendahului bertemu Yang Khalik. Selepas siri ucapan, penyampaian sumbangan persediaan raya kepada anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan telah disampaikan oleh Pengerusi ALUMNI Tn Hj Mohd Fateh bin Hanif. Tahun ini ahli ALUMNI turut menyumbangkan beberapa naskah Al-Quran untuk diletakkan di surau asrama dan sekolah. Terima kasih kepada yang sudi hadir, terima kasih kepada penyumbang2, terima kasih semua. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATHIN.