Saturday, July 5, 2014

Mesyuarat JK kali ke-3

Sabtu, 5.07.14 - Mesyuarat ke-3 JK Alumni telah diadakan di Bilik Mesyuarat SM3KB bermula 10 pagi.  Perbincangan utama menumpukan kepada aktitivi majlis iftar bersama pernghuni asrama dan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor yang akan diadakan pada 16 Ogos 2014. Satu lagi aktiviti besar Alumni tahun ini ialah Jamuan Hari Raya yang akan diadakan pada 23 Ogos 2014 bertempat di Kompleks Sukan KKB. Jualan tiket sedang giat dijalankan. Kepada bekas pelajar SMKKKB dialu-alukan untuk menyertai majlis ini.

Thursday, May 1, 2014

Mesy Jk Kali ke 2

Khamis, 010514
Mesyuarat jk kali ke-2 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMKKKB dengan dihadiri seramai 15 orang ajk. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Hj Fateh, Pengerusi Alumni SMKKKB.Beberapa resolusi telah dicapai:
1.  Makan malam hari raya 23.08.14
2.  Iftor bersama pelajar asrama 15 Julai 2014
3.  Pertandingan Pidato ..piala pusingan sumbangan YB Naib Pengerusi pada16.09.14
4.  Sumbangan kpd pelajar miskin.
5.   Bowling  pd 21.12.14 (AHAD) di Perangsang Templer
6.  Lawatan Morocco-Spain  28.10.2014
7.  Ziarah / bantuan bekas pelajar - Asnah Hassan rumah terbakar ... & Rosnah Bahar sakit....kepada yang ingin menyumbang kepsda mangsa sila masukkkan ke akaun alumni Maybank  562106234895 atau cek atas nama Persatuan Alumni Sek Men Keb KKB  dan sms kepada bendahari nombor 0129336378.
8. Kelas komputer  di Pejabat Penerangan KKB 13.05.14 jam 10.00 pagi.




Friday, April 25, 2014

Pertemuan dgn Pengetua

Jumaat, 25.04.14 - Satu sesi pertemuan dengan Pengetua Cemerlang SMKKKB telah riadakan untuk membincangkan beberapa perkara termasuk
I.  Wakil ALUMNI (Jurucakap) ke sekolah Hj Syed Hassan bin Hj Syed Mohamad.
2.  Dato Isa mantan YB Istihar SMKKKB adalah sekolah angkat FELDA.
3.  Aktiviti-aktiviti dalam perancangan - bantuan hari raya utk pelajar miskin, majlis berbuka puasa asrama, pertandingan pidato & Makan malam.
4.   Meminta pengesahan pihak sekolah  bangunan wakaf utk dijsfikan pejabat ALUMNI.

Sunday, March 30, 2014

AHAD,30.03.14 - Mesyuarat AJK kali pertama selepas Mesyuarat Agung ke-5, sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB dipengerusikan oleh Sdr Mohd Fateh bin Hanif yang mengekalkan jawatan Pengerusi  Alumni SMKKKB. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada ahli jk yang dilantik semula dan menalu-alukan kehadiran ajk yang baru dilantik.  Mesyuarat telah membincangkan beberapa isu berbangkit dan perancangan tahun 2014.

Monday, February 17, 2014

NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-3

Dijemput semua bekas pelajar ahli atau belum ahli ALUMNI SM3KB untuk sama-sama hadir ke Mesyuarat Agung kali ke-5 yang akan diadakan pada hari Ahad 23.02.14 bertempat di Dewan sekolah bermula jam 9.00 pagi. Semoga kehadiran anda akan memeriahkan lagi majlis yang akan diadakan.

Wednesday, July 31, 2013

IFTAR BERSAMA PELAJAR ASRAMA 2013

Selasas,30.07.13 - Kena pada tarikh 20 Ramadhan, JK bersama beberapa ahli ALUMNI telah mengadakan Majlis Iftar bersama putera puteri Asrama SM3KB. Bermula dengan bacaan Yassin untuk arwah-arwah guru dan pelajar SM3KB yang telah mendahului bertemu Yang Khalik. Selepas siri ucapan, penyampaian sumbangan persediaan raya kepada anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan telah disampaikan oleh Pengerusi ALUMNI Tn Hj Mohd Fateh bin Hanif. Tahun ini ahli ALUMNI turut menyumbangkan beberapa naskah Al-Quran untuk diletakkan di surau asrama dan sekolah. Terima kasih kepada yang sudi hadir, terima kasih kepada penyumbang2, terima kasih semua. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATHIN.













Sunday, February 24, 2013

MESYUARAT AGUNG KE-4 2013

Ahad, 24.02.13 - Mesyuarat Agung kali ke-4 sedang berlangsung di Dewan Bestari SM3KB. Mesyuarat dirasmikan oleh mantan Pengerusi Alumni Y.Berbahagia Datuk Seri Abd Hakim Borhan.