Monday, November 28, 2011

Dulu Kakak kini Adik pulak

 Majlis walimatul urus  Alif Hj Mohamad (a.k.a Mat Besi) telah disatukan dengan jodohnya Norsiha Hj Nordin pada 25 November 2011(Jumaat) dan majlis meraikan pengantin diadakan pada 27.11.11 bersamaan 1 Muharam 1433H. Majlis berlangsung di Lot 3, Jalan Damai, Kampung Melayu Batu 16, Rawang. Pengantin lelaki adalah adik kepada x-sm2kbian juga - Aqilah Mohamad yang telah berkawin pada tahun 2009. Nombor  tel untuk dihubungi jika ingin menjejak rakan lama di 03-60927952(rumah).

Thursday, November 17, 2011

Kempen tambah ahli










Khamis,17.11.11 - Kempen tambah ahli telah dijalankan oleh JK Keahlian pimpinan Sdr Fateh bertempat di bilik mesyuarat SM3KB. Sasaran ialah semua pelajar PPU Atas yang akan meninggalkan sekolah akhir tahun ini.

Wednesday, August 17, 2011

Majlis IFTOR di Asrama

Selasa, 16.8.11 - Sempena malam Nuzul Quran, ALUMNI telah mengadakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak2 yatim dan yang memerlukan. Turut disumbangkan set bacaan berupa majalah untuk PSS Asrama.

Friday, July 15, 2011

MESYUARAT JK KALI KE 3

Mesyuarat Jk Kali ke 3 seang berlangsung di rumah Pengerusi ALUMNI Datuk Seri Hakim Borhan di Shah Alam. Mesyuarat berstuju iuntuk menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadhan antaranya :
1. Ifotr di asrama pada 16 Ogos (Selasa) sempena cuti Nuzul Quran - kepada yang ingin ikut serta diminta hubungi Cikgu Syed di talian 0173159636 atau 013-6022095 sebelum 10 Ogos 2011.
2. Menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang memerlukan bantuan sambut hari raya.
3. Hi-Tea sempena hari raya pada 17.9.11 (Sabtu) untuk semua yang berminat di Nelly's Ulu Yam. Maklumat lengkap menyusul kemudian.

Friday, July 1, 2011

Signboard ke Asrama

 

Signboard ke pintu masuk asrama SM3KB telah dipsang seperti dijanjikan sebelum berakhir bulan Jun. Atas sumbangan yang dihulurkan, diucapkan terima kasih tidak terhingga walaupun masih belum mencukupi. Kepada x-sm3kbian yang ingin menyumbang boleh buat transfer ke akaun MBB 0-12071-30649-6 . Projek tumpunan selepas ini ialah baiki astaka - tukar bumbung yang hampir roboh, bina halangan laluan kelilingnya dan dimozekkan tangga / tempat duduk astaka. Kosnya ..boleh tahan tapi kalau setiap x-sm3kbian sumbang RM10.00 sorang pun cukup rasanya.
Terkini ... terima kasih kepada batch 84 yang telah sumbangkan RM180.00. Pembekal telah beri diskaun RM200 menjadikan kos 2 set RM600 sahaja. Masih ada peluang menabur bakti dan menuai pahala untuk cukupkan lagi RM170 hinggit je.

Friday, June 3, 2011

REUNION D ASRAMA - SUKSES

Program Reunion D Asrama yang telah diadakan pada hari Sabtu hingga Ahad (28-29 Mei 2011) telah berjaya menyatukan semula rakan-rakan lama di kalangan pelajar dan warden asrama. Program yang pada mula disusun untuk bekas pelajar asrama telah  berubah menjadi satu reunion di asrama kerana ada juga bekas pelajar yang tidak mahu melepaskan peluang berada bersama rakan-rakan yang telah terpisah selama hampir 30 tahun. Dengan kehadiran mencapai 50 orang sesuatu yang diluar jangkaan - suasana riang & ceria senatiasa menyelubungi semua yang hadir. Majlis menjadi bertambah seri apabila bekas warden tahun 1972-1979 Cikgu Zakaria a.k.a Cikug Koya turut hadir bersama isteri dan bermalam di asrama bersama 20 orang bekas pelajar yang lain. Turut tidak ketinggalan bekas pelajar dari Sabah, Azman Amat dan  isteri, yang sudi terbang dari jauh hanya untuk reunion yang julung-julung kali diadakan ini. Majlis bermula dari pukul 4 petang apabila sesi pendaftaran dan minum petang sudah terserlah rasa kegembiraan di kalangan yang hadir. Selepas makan malam ( dengan menu nostalgik - cencaru jaket & lauk sardin), solat maghrib berjemaah diselangi dengan bacaan Yassin dan tahlil untuk semua arwah pengetua, guru / warden dan bekas pelajar yang telah dahulu pergi menghadap Ilahi - semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat. Kemuncak majlis bermula selepas solat Isyak. Bertempat di Dewan Gemilang sesi taaruf telah memdedahkan pelbagai rahsia yang tersimpan sekian lama untuk dijadikan bahan kenangan mengusik jiwa. Santapa malam dihidangkan dengan BBQ -sotong, udang, jagung dan bubur kacang cicah roti / biskut. Sesi kira-kira pukul 12 mlm tetapi disambung secara tidak formal (dengar khabar hingga 2-3 pagi). Pada pagi keesokan harinya, rombongan Cik Kiah telah dibawa melawat sekitar kawasan sekolah sebelum sarapan. Acara perpisahan buat kali ini yang sepatutnya selesai pukul 9 pagi telah berlarutan hingga 11 pagi kerana banyak lagi cerita yang belum cukup disampaikan. Makanya siri kedua reunion seperti ini akan diadakan tidak lama lagi, Terima kasih kepada semua yang hadir dan sokongan yang telah diberikan.
Sehubungan dengan itu kerjasama dari semua x-sm3kbian amat diharapkan agar sudi menyumbang kepada kepada program keceriaan sekolah antaranya :
1. Memasang papan tanda arah pintu masuk ke asrama - 2 buah @RM800.00
2. Menaiktaraf astaka - tukar bumbung, tambah siling,pasang tiles dan tembok keliling - @RM6000.00
3. Memasang 4 set aircon di 2 buah dewan makan asrama - 8 set @  RM12 000.00
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Syed di talian 017-3159636l
Gambar kenangan di http://www.koleksialumni.blog.com/

Saturday, May 21, 2011

REUNION ASRAM

Program Reunion bekas penghuni asrama sm3kb akan diadakan pada 28 - 29 Mei 2011. Semua x-penghuni asrama dari tahun 60an sampai 90aan dijemput hadir. Tiada bayaran dikenakan. Program dirancang agar yang hadir dapat bermalam di asrama dengan pengisian program pada sebelah paginya. Cadar, selimut, sarung batal. Akan turut hadir dalam program ini mantan guru-guru asrama, mantan staf sokongan asarama seperti Cikgu Koya, Penyelia Kassim, Pak Cik Abas dsb. Tentatif program : Sabtu 28.5.11 - 4.00 ptg -pendaftaran - solat maghrib berjemaah - tahlil untuk arwah guru/rakan2 yg telah kembali ke rahmatullah - lepas Isyak - makan malam, kareoke, sembang2 sampai pagi. Ahad 29.5.11 - subuh berjemaah, tazkirah ringkas, senaman ringan, tanam pokok kenangan, sarapan dan bersurai ( ada banyak jemputan kenduri hari ahad jadi program tamat lebih awal). TEMA "BACK TO SCHOOL" - acara malam semua pakai baju sekolah.. ha ha ha!!! serius ni bukan main2 tau.
Yang telah sahkan hadir :

Tahun 1979 -Norseha Abd Aziz, Salmah bt Abdul Rahman, Norzilah bt Hassan, Asnah bt Mohd Noor, Mazilah bt Din, Zalita bt Osman, Kamsani Mahful

Tahun 84 - Zainuddin, Azlan Karim, Khalil, Fauziyah, Yasmin, Halil Hamzah, Arzman Shah,Samsidar

Tahun 82 - Sabariah, Rossitah, Dayang Azizah, Hani Marziah

Tahun 1995 - Shahril bin Mohd Idrus

masih menunggu yang lain2nya.........

Saturday, March 26, 2011

MESYUARAT AGUNG KE 2

Sabtu, 26 Mac 2011 - Mesyuarat Agung Persatuan Alumni SMK KKB sedang berlangsung di Dewan Bestari SM3KB. Majis perasmian bermula jam 10.00 pagi dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Hakim bin Borham -Pengerusi JK Alumni SMKKKB. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr ALi Itis diikuti dengan ucapan aluan Pengerusu Alumni SMKKKB. Intipati ucapan Pengerusi mengharapkan ada penglibatan daripada x-sm3kbian untuk meneruskan perjuangan ALUMNI untuk membantu menjayakan perancangan sekolah menuju kecemerlangan. Harapan Pengerusi agar lebih ramai bekas pelajar menyertai persatuan ini untuk kejayaan bersama pada tahun-tahun mendatang. Sebelum mesyuarat bermula, Pengetua Cemerlang SM3KB, Tn Hj Manap bin Jarkasi telah menyampaikan ucapan dengan mempelawa ALUMNI untuk membuka ruang di Bilik Mesyuarat sekolah. Beliau turut mencadangkan ALUMI mengatur satu program HARI KELUARGA dengan pakej 2 hari 1 malam... menggunakan kemudahan Asrama sebagai usaha menyatukan semua bekas pelajar dari tahun 1959-hingga kini. Seterusnya mesyuarat bermula...

Saturday, March 5, 2011

MESY JK PRA MESY AGUNG

Jumaat, 4.3.11 - Mesyuarat telah diadakan petang tadi bagi membincangkan perancangan hari mesyuarat agung kali k 2 yang akan diakankan pada 26 Mac 2011 di Dewan Bestari SM3KB bermula jam 10.00 pagi. Melalui media semua ahli dan x-SM3KBian dijemput hadir.

Saturday, February 26, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

Nurul Hidayah bt Zakaria (x-sm3kbian) dgn Wan Mohd Zulfadly bin Wan Muhd Aminiddin berlangsung di Berek Polis IPD Kuala Kubu Bharu pada 26 Februari 2011.. Selamat Pengantin Baru!!!

Wednesday, February 23, 2011

Sunday, February 6, 2011

LAWATAN KE PADANG-BUKIT TINGGI

Lawatan telah diadakan pada 3-6 Februari 2011. Rombongan terdiri daripada JK Alumni bersama keluarga. Berlepas dari LCCT pada hari Gong Xi Faa Chai 3.2.11 pukul 3.30 petang ..dan mendarat di Bandara International Minangkabau(Lapangan Terbang Minangkabau), Padang jam 3.30 ptg. ..
Dari situ rombongan terus ke Kota Tinggi sambil singgah di beberapa tempat untuk makan2, minum2 sambil sembang2 dan juga lokasi membeli belah - tak banyak nak dibeli sebab semuanya pakaian sulaman untuk wanita. Selama di sana rombongan mengina di Hotel Kharisma (Kota Tinggi) dan Hotel Bunda (Padang). Makan tengah hari dan malam termasuk dlm kos lawatan berupa makanan hidangan padang yang sama selama 3 hari 3 malam spt ini.... Banyak tempat dilawati yang penuh dengan warna warni dan sejarah yang tersendiri, tak muat nak dilakarkan di sini... kena pergi sendiri. Antaranya ..Jam besar,makan lagi di restoran lain pula..melawat kilang kopi - rasa minum air pinang muda, berjumpa Hjh Rosma, pandai sikek dengan ceritanya tersendiri, Pemandangan sepanjang jalan...air terjun, Lobang Jepang, Istana Basa, persembahan tarian piriang yang menakjubkan


dan untuk gambar sepenuhnya boleh dilihat di....Pautan - LAWATAN ALUMNI

Tuesday, February 1, 2011

Mesyuarat JK kali ke 5

1.2.11, Selasa - Mesyuarat JK Alumni kali ke 5 sedang berlangsung di rumah Pengerusi Persatuan ALUMNI di Shah Alam. Banyak perkara dibincangkan termasuk persediaan untuk Mesyuarat Agung kali ke 2 yang dicadangkan pada 26 Mac 2011.

Sunday, January 30, 2011

Anak-anak Cikgu Mokhtar




Sabtu, 30 Jan - Majlis Perkahwinan Ahmad Hafiz bin Hj Mohd Mokhtar dengan Nur Syazlyn bt Hj Mohd Nazaruddin dan Dr. Nur Faezza bt Hj Mohd Mokhtar dengan Dr.Ikraq Dzafirin bin Zainudddin telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Orang Ramai Kpg Melayu Rasa Tambahan. Kedua2 mereka adalah x-sm3kbian