Wednesday, July 31, 2013

IFTAR BERSAMA PELAJAR ASRAMA 2013

Selasas,30.07.13 - Kena pada tarikh 20 Ramadhan, JK bersama beberapa ahli ALUMNI telah mengadakan Majlis Iftar bersama putera puteri Asrama SM3KB. Bermula dengan bacaan Yassin untuk arwah-arwah guru dan pelajar SM3KB yang telah mendahului bertemu Yang Khalik. Selepas siri ucapan, penyampaian sumbangan persediaan raya kepada anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan telah disampaikan oleh Pengerusi ALUMNI Tn Hj Mohd Fateh bin Hanif. Tahun ini ahli ALUMNI turut menyumbangkan beberapa naskah Al-Quran untuk diletakkan di surau asrama dan sekolah. Terima kasih kepada yang sudi hadir, terima kasih kepada penyumbang2, terima kasih semua. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATHIN.













Sunday, February 24, 2013

MESYUARAT AGUNG KE-4 2013

Ahad, 24.02.13 - Mesyuarat Agung kali ke-4 sedang berlangsung di Dewan Bestari SM3KB. Mesyuarat dirasmikan oleh mantan Pengerusi Alumni Y.Berbahagia Datuk Seri Abd Hakim Borhan.












Thursday, January 24, 2013

Pertandingan Merekacipta

Alumni SM3KB telah melancarkan pertandingan merekacipta muka depan buku mesyuarat agung ke-4.Pertandingan terbuka kepada ahli dan bekas pelajar SM3KB. Hadiah tunai RM 100 dan akan menjadi kulit laporan MM tahun 2013. Logo persatuan boleh dimuat turun dari facebok alumni. Butiran diperlukan..MESYUARAT AGUNG KALI KE-4 PERSATUAN ALUMNI SMK KKB. 24 FEBRUARI 2013 (AHAD)DI  DEWAN BESTARI SMKKKB. 9.00 PAGI. Sebarang pertanyaan sila hubungi mohdfatehhanif@gmail.com atau zaharahsaid51@gmail.comarikh tutup penyertaan 10.2.13.

Mesy jk 1/2013

Khamis,23.01.13- Mesy jk kali 1/13 di Restoran RosJar KKB bermula 11 pagi. Mesy dihadiri 10 org jk membincangkan agenda agenda Mesy Agung ke-5.