Friday, June 3, 2011

REUNION D ASRAMA - SUKSES

Program Reunion D Asrama yang telah diadakan pada hari Sabtu hingga Ahad (28-29 Mei 2011) telah berjaya menyatukan semula rakan-rakan lama di kalangan pelajar dan warden asrama. Program yang pada mula disusun untuk bekas pelajar asrama telah  berubah menjadi satu reunion di asrama kerana ada juga bekas pelajar yang tidak mahu melepaskan peluang berada bersama rakan-rakan yang telah terpisah selama hampir 30 tahun. Dengan kehadiran mencapai 50 orang sesuatu yang diluar jangkaan - suasana riang & ceria senatiasa menyelubungi semua yang hadir. Majlis menjadi bertambah seri apabila bekas warden tahun 1972-1979 Cikgu Zakaria a.k.a Cikug Koya turut hadir bersama isteri dan bermalam di asrama bersama 20 orang bekas pelajar yang lain. Turut tidak ketinggalan bekas pelajar dari Sabah, Azman Amat dan  isteri, yang sudi terbang dari jauh hanya untuk reunion yang julung-julung kali diadakan ini. Majlis bermula dari pukul 4 petang apabila sesi pendaftaran dan minum petang sudah terserlah rasa kegembiraan di kalangan yang hadir. Selepas makan malam ( dengan menu nostalgik - cencaru jaket & lauk sardin), solat maghrib berjemaah diselangi dengan bacaan Yassin dan tahlil untuk semua arwah pengetua, guru / warden dan bekas pelajar yang telah dahulu pergi menghadap Ilahi - semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat. Kemuncak majlis bermula selepas solat Isyak. Bertempat di Dewan Gemilang sesi taaruf telah memdedahkan pelbagai rahsia yang tersimpan sekian lama untuk dijadikan bahan kenangan mengusik jiwa. Santapa malam dihidangkan dengan BBQ -sotong, udang, jagung dan bubur kacang cicah roti / biskut. Sesi kira-kira pukul 12 mlm tetapi disambung secara tidak formal (dengar khabar hingga 2-3 pagi). Pada pagi keesokan harinya, rombongan Cik Kiah telah dibawa melawat sekitar kawasan sekolah sebelum sarapan. Acara perpisahan buat kali ini yang sepatutnya selesai pukul 9 pagi telah berlarutan hingga 11 pagi kerana banyak lagi cerita yang belum cukup disampaikan. Makanya siri kedua reunion seperti ini akan diadakan tidak lama lagi, Terima kasih kepada semua yang hadir dan sokongan yang telah diberikan.
Sehubungan dengan itu kerjasama dari semua x-sm3kbian amat diharapkan agar sudi menyumbang kepada kepada program keceriaan sekolah antaranya :
1. Memasang papan tanda arah pintu masuk ke asrama - 2 buah @RM800.00
2. Menaiktaraf astaka - tukar bumbung, tambah siling,pasang tiles dan tembok keliling - @RM6000.00
3. Memasang 4 set aircon di 2 buah dewan makan asrama - 8 set @  RM12 000.00
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Syed di talian 017-3159636l
Gambar kenangan di http://www.koleksialumni.blog.com/