Sunday, December 16, 2012

Kursus ICT pertama



Ahad,16.12.12 - Seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat JK, kursus pemantapan internet/FACEBOOK  sedang berlangsung di Makmal Bestari SM3KB. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada aktiviti anjuran Biro Dokumentasi ALUMNI SM3KB. Sesi pertama ini dihadiri oleh 11 ahli JK dan dipimpin oleh Sdr Nor Adabi. Pengerusi Persatuan ALUMNI yang turut hadir berharap penyertaan lebih ramai AJK akan memenafaatkan peluang ini pada minggu-minggu seterusnya.
Kursus seterusnya diadakan pada 30.12.12 dan 5.1.13.Kursus akan datang pada 3.2.13.

Saturday, December 8, 2012

Mesyuarat JK akhir 2012




Sabtu,7.12.12 - Mesyuarat JK sedang berlangsung di Peerangsang Templer Golf Club, Rawang. Mesyuarat bersetuju atas beberapa perkara :
1. Mesyuarat Agung akan diadakan pada hari Ahad 24 Februari 2013. Semua pengerusi biro diminta menyerahkan laporan sebelum 31.12.12 kepada Setiausaha.
2. Kursus ICT untuk yang berminat pada setiap Ahad bermula 16.12.12 di Makmal Bestari SM3KB - pengisian mengenali FACEBOOK, aplikasi Word dan PPT.

Friday, July 13, 2012

Mesy JK Pelaksana Jamuan Hari Raya 2012

Jumaat, 13.07.12 - Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pelaksana Jamuan Hari Raya ALUMNI tahun 2012 sedang berlangsung di Bilik Seni SM3KB. JK bersetuju untuk mengadakan majlis tersebut pada 15 September 2012 bermula 8 malam di Dataran SMK KKB. Sumbangan untuk menjayakan majlis ini terbuka kepada semua -ahli dan bukan ahli ALUMNI SMKKKB bernilai RM50.00 seorang. Untuk mendapatkan tiket penyertaan akan dimaklumkan kemudian. Bersama-samalah kita menyumbang untuk ALUMI dan berpeluang beramah mesra dengan kawan-kawan lama setelah sekian lama tidak ketemu.  Peluang untuk memohon maaf atas ketelanjuran kata atau perbuatan di masa lampau pada hari dan bulan Syawal yang mulia. BERJUMPA DI SANA....!!!

Friday, July 6, 2012

Mesy jk Bil 2/2012

Jumaat,6.07.12 - Mesyuarat kali ke 2 telah diadakan petang hari ini bermula 3.30 ptg. Pelbagai resolusi telah dicapai dalam mesyuarat kali ini khususnya perancangan aktiviti untuk tahun 2012.  Semua aktiviti yang dirancang adalah perlu kepada penyertaan semua ahli ALUMNI. Untuk tempoh yang terdekat, aktiviti yang dirancang adalah :
1. Lawatan ke Hatyai pada 4 hingga 7 Oktober 2012. Peluang untuk ikut serta masih dibuka. Sila hubungi Setiausaha ALUMNI untuk keterangan lanjut.
2. Iftor bersama penghuni asrama pada 8 Ogos 2012 di Asrama SM3KB. Sumbangan bantuan kepada pelajar yang memerlukan dan sumbangan 2 buah komputer akan disampaikan untuk kegunaan penghuni asrama.
3. Jamuan Hari Raya akan diadakan pada 8.9.12 (Sabtu) di Dewan Serbaguna bermula 8 mlm. Tiket boleh didapati daripada AJK mulai 1 Ogos 2012.
4. Pertandingan PIDATO untuk pelajar PPU akan diadakan pada awal bulan November 2012.
5. Kursus IT untuk AJK ALUMNI akan diadakan selepas raya.
Adalah menjadi harapan JK ALUMNI, semua perancangan aktiviti ini akan mendapat kerjasama serta penglibatan semua x-SM3KBian.

Friday, May 4, 2012

Mesyuarat JK bil 1/2012

 Jumaat, 4.05.12 - Mesyuarat kali pertama JK baru yang dilantik dalam Mesyuarat Agung lalu telah diadakan pada hari ini jam 3.00 petang. Kehadiran lebih memuaskan dengan semangat baru beberapa ahli yang baru dilantik. Daripada 21 ahli JK, 14 merupakan ahli lama dan 9 ahli baru. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi baru ALUMNI - Sdr Mohd Fateh bin Hanif. Resolusi mesyuarat adalah untuk mencapai ahli seramai 200 menjelang akhir tahun 2012. Keahlian terkini adalah seramai 134 orang. Satu isu yang dibangkitkan ialah yuran keahlian yang tinggi. Sepatutnya sebarang masalah atau cadangan elok dibawa ke lantai mesyuarat agung. ALUMNI telah didaftarkan dengan butiran yang difikirkan sesuai pada masa itu, Sebarang pindaan seperti yuran ini perlu dibawa ke mesyuarat agung untuk diluluskan oleh ROS. Ayuh...daftarkan diri sebagai ahli biasa sebanyak RM10.00 saja... berapala sangat dengan gaji yang anda terima..kan? 7 Biro telah dibentuk terdiri daripada Biro Ekonomi,Pembangunan & Keselamatan, Biro Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan, Biro Pendidikan & Agama, Biro Keahlian, Biro Sukan & Kebajikan & Biro Penerangan & Multimmedia. dengan pengerusi masing2. Projek besar yang dirancang ialah Jamuan Hari Raya Alumni di bawah kelolaan Timb Pengerusi. Biro pelancongan merancang ke Pulau Batam selain Piala Pusingan akan disumbang oleh Sdr Yusof untuk Pertandingan PIDATO. Mesyuarat telah meluluskan permohonan untuk Sambutan Hari Guru -RM500.00 dan 1 meja@10 orang=Rm500.00 berjumlah RM1000.00. Pihak sekolah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.

Saturday, April 21, 2012

MESYUARAT AGUNG KE 3 2012

SABTU, 20.04.12 - Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 3 sedang berlangsung di Dewan Gemilang SM3KB. Kehadiran tidak berapa memuaskan namun telah mencukupi korum untuk menjalankan mesyuarat.  Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Idris bt Abu Bakar, ADUN Hulu Bernam yang juga merupakan x-sm3kbian tahun 1964. Pengerusi ALUMNI Datuk Seri Abd Hakim Borhan (mantan Dato Bandar KL)  telah mempengerusikan mesyurat kali ini.  Ucapan turut disampaikan oleh DSP(B) Bakhtiar, YDP PIBG, mantan Timb Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, juga x-sm3kbian tahun 1964. Mesyuarat sedang berjalan... berita menyusul. Barisan JK baru tahun 2012 -
1. Pengerusi :  Tn Hj Abdul Fateh bin Hanif
2. Naib Pengerusi ; Sdr Harumaini bin Hj Omar
3. Setiausaha :  Sdri Zaharah Hj Said
3. Pen Setiausaha : Yusof Nawawi 
4. Bendahari : Sdr Junaidah Mohd Yusof
5. AJK :
1. Hussain bin Sahi
2. Kamsani bin Mahful
3. Abd Wahi bin Wahid
4. Bakhtiar binMd Rashid
5. Syed Hassan bin Hj Syed Mohamad
6. Zalita bt Osman
7. Faridahanum bt Mohd Said
8. Zaiton bt Abd Ghani 
9. Bahariah bt Wahid
10  Nor Adabi bin Rosli
11. Yusof Nawawi
12. Zahariah Shaharun
13. Ishak Harmin
14. Ahmad Shahrin bin Mohd Yunus
15. Abdul Rani bin Napi
16. Ishak bin Harmin

Pemeriksa Kira-kira
1. Hj Yusof bin Talib
2. Hjh Mariah bt Tasir





Sunday, February 26, 2012

Walimatul Urus di Rasa Tambahan

Ahad,26.2.12 -  Majlis pernikahan x-sm3kbian antara HAFIATON BT MOHD ALI dengan pasangannya MOHD AZRAF BIN ABD GHANI telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di kediaman mereka LOT 298,Jln Kejora 2H/2, Kg Melayu Rasa Tambahan, 44200 Rasa, Selangor. (03-60574045).

Friday, February 10, 2012

Mesyuarat JK akhir 2011

Jumaat -Mesyuarat JK Alumni sesi 2011 telah diadakan 3 ptg hari ini untuk membincangkan persediaan Mesyuarat Agung kali ke 2. Mesyuarat Agung kali ke 3  akan diadakan dalam bulan 21 April 2012. Untuk tujuan itu semua biro-biro diminta menghantar laporan tahunan sebelum 29 Februari 2012 (mesy persediaan akan diadakan pada tarikh yang sama).

Sunday, January 29, 2012

WalimatulUrus Anak2 pulak



Ahad, 29.01.12 - Majlis merai pengantin berlangsung di Seksyen 17 Shah Alam. 2 pasangan pengantin sekali gus... Norhazwani Hj  Mohd Hasri dan Mohd Fikri Hj Mohd Hasri (anak-anak kepada Rafidah bt Kassim (kini Hjh Rafidah-x-sm3kbian) dengan pasangan mereka Mohd Firdaus Hasan & Fauziah Mat Salleh. Pengantin belum datang jadi tak ada gambar.. yang ada tetamu yang turut hadir xx yang lain ...tengok kenal lagi ke idak.