Saturday, December 27, 2008

PROTEM COMMITEE




























Mesyuarat JK Penaja ALUMNI SM3KB....

Sunday, December 21, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU


Tanggal 21 Disember 2008 (Ahad) bertempat di Lot 3452 Jalan Seri Cahaya, Kampung Melayu Subang telah berlangsung majlis Walimatul Urus bekas pelajar SM3KB (tahun 2000) Nur Alisa bt Hj Ali(013-33655815) dengan Abd Syukur bin Jaafar. Kepada kedua pengantin didoakan semoga berbahagia dan kekal hingga ke anak cucu...Amin

Monday, October 20, 2008

REUNION SUKSES

Reunion bekas pelajar SMKKKB (SM3KB) yang julung kali diadakan di sekolah ini berjaya dilangsungkan pada malam 18 Oktober 2008 (hari Sabtu). Bertepatan pula dengan tarikh 18 Syawal 1429 Hijrah, majlis dilgabungkan dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Acara bermula dari jam 8 malam dalam renyai-renyai hujan menjadi meriah dengan kehadiran melebihi jangkaan 700 orang sehingga tidak disedari hari sudah lewat tengah malam. Bertemakan ERATKAN SILATURAHIM, majlis turut dihadiri oleh bekas pengetua, bekas guru dan semestinya bekas pelajar sejak tahun 1959 (hampir 50 tahun sudah usia sekolah ini). Kemeriahan dan nostalgia berlegar di lokasi (Padang Sekolah) majlis ini dijalankan membuatkan hadirin terasa masa tidak mencukupi untuk menyingkap kembali kenangan lama sambil mencari khabar berita terkini rakan-rakan seperjuangan yang telah lama terpisah.









Sekalung tahniah dan syabas kepada JK Penganjur di bawah pimpinan Penasihat Dato Abd.Hakim Borhan (Datuk Bandar Kuala Lumpur) , Pengerusinya Idrus Zainal Abidin, Timbalannya Mohd Fateh Hanif, Setiausaha Zaharah Hj Said dan barisan JK kerja yang telah merancangkan program ini sejak sekian lama sehingga ianya menjadi kenyataan. Semua yang hadir pada malam tersebut menaruh harapan yang tinggi agar diadakan sekali lagi majlis seperti ini sempena sambutan JUBLI EMAS SM3KB tahun 2009. (Banyak lagi gambar..klik kat Zon Memori..)

Saturday, September 20, 2008

LATEST UPDATE

Perkembangan terkini bekas-bekas pelajar SM3KB .......
SELAMAT PENGANTIN BARU




Norazilla binti Zainal Abidin, bekas pelajar SM3KB tahun 2001 telah melangsungkan perkawinan pada Hari Ahad 5 Oktober 2008 bersamaan 5 Syawal 1429. Majlis berlangsung di Dewan JKK Kg Melayu Rasa dengan kehadiran ramai rakan-rakan sekelasnya untuk meraikan perkawinan Norazilla dengan Abdul Razak bin Malik. Kepada kedua pengantin diucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dengan iringan doa Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu.