Saturday, November 6, 2010

REUNION DI BOWLING ALLEY
























































Satu sesi pertemuan semula bekas pelajar SM3KB sambil beriadah telah diadakan pada Hari Sabtu 30 Oktober 2010 bertempat di Taman Templer Golf Resort. Majlis bermula pukul 4 petang telah berakhir jam 7 mlm dipenuhi dengan gelak ketawa sambil bermain bowling - dapat pula mengeratkan silaturrahim antara x-pelajar 1979-1980. Tahniah kepada yang menganjurkan majlis ini.

SELAMAT PENGANTIN BARU LAGI

X-sm3kbian 1979 - Majlis perkahwinan ke 2 Mistura Jaafar telah berlangsung dengan lancarnya di Alor Gajah, Melaka pada hari Jumaat 5 November 2010. Majlis diraikan oleh saudara mara dan sahabat handai, tidak ketinggalan rakan persekolahan di SMK Kg Soeharto dan SMK KKB.

Monday, September 27, 2010

SAMBUTAN JUBLI EMAS

25 SEPTEMBER 2010 (SABTU)
PAGI - Jogathon, gerai-gerai jualan
Malam - Majlis Makan Malam

Monday, September 13, 2010

KAHWIN DI TASIK BERA

Pengantin Shikh Mohd Zakaria bin Shikh Ahmad (017 2080017) digukan dengan Nooraini bt Zakaria telah berlangsung di Felda Purun, Triang Pahang (20 km dari Tasik Bera) pada 12 Septermber 2010 - hari raya ketiga. Majlis yang sama akan berlangung di 232 Jalan 3, Taman Ampang Indah, KKB pada 18 September (Sabtu). SELAMAT PENGANTIN BARU !!!

Thursday, July 22, 2010

Kenangan 1987



Bekas pelajar dan penghuni asrama SM3KB...cuba teka siapa berT-shirt putih (duduk - gambar atas) dan yang berspek hitam..(gambar bawah)?

Saturday, July 17, 2010

SAMBUTAN JUBLI EMAS

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2010 HARI : SABTU
ACARA - WALKATON - 8,00 PAGI
TEMPAT : DATARAN BESTARI SM3KB
ACARA ; JAMUAN MAKAN MALAM
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA - JUALAN MEJA
MASA : 8.00 MALAM
SEMUA X-SM3KBian diminta menyertai aktiviti ini. Bantulah sekolah kesyangan anda untuk projek naiktaraf kantin dan surau sekolah.

Mesyuarat JK kali ke2

Sabtu 17 Julai - Mesyuarat JK Alumni kali ke 2 sedang berlangsung di rumah Timbalan Pengerusi ALUMNI Sdtr Hj Idrus Zainal Abidin di No.7,Jln 11/6,Seksyen 11 Shah Alam. Mesyuarat dihadir oleh 12 ahli JK. mesyuarat bermula jam 3 ptg.
Maklumat terkini laporan kegiatan ALUMNI:
1. 9 April 2010 - Mesyuarat Jubli Eman bersama PIBG dan SMK3B
2. 13 Mei 2010 - Mesyuarat Agung Pertama Persauan ALUMNI di Dewan sekolah dirasmikan oleh Dato Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor.
3. 25 Mei 2010 - Mesyuarat JK Pertama di rumah Pengerusi ALUMNI Dato Seri Ad Hakim Borhan.
4. Biro Kebajikan telah membuat kunjungan ke rumah
a. Dato Mohamad Idrsi Abu Bakar yang telah menjalani pembedahan di Hospital Sime Darby Medical Centre,Subang. JK yang hadir - Dato Zainuddin Zainal Abidin, Hj Idrus Zainal Abidin, Zaharah Hj Said, Junaidah Mohd Yusof, Azizah Azni.
b. Cikgu Saiful Adli Daud di Taman Keramat,KL
c. keluarga Hasnah Hj Malek - kematian suami pada 24 Jun 2010 - dihadiri oleh Zaharah Hj Said, Faridahanum M Said & Zaiton Abd Ghani.
d. keluarga Allahyarhamah Mahanum (1969) di Sg Choh yang meninggal dunia pada 5 Julai 2010. Yang hadir - Zaharah Hj Said, Faridhanum, Hasnah.
5. 3 Jun 2010 Mesyuarat Jubli Eman kedua bersama PIBG di SMKKKB
6. 25 Jun 2010 - mesyuarat JK Jubli emas.
7, 4 Julai 2010 - Biro Keahlian (Sdr Mohd Fateh) mengadakan mesyuara JK Keahlian di Kelab shah Alam, Selangor