Sunday, January 29, 2012
WalimatulUrus Anak2 pulak
Ahad, 29.01.12 - Majlis merai pengantin berlangsung di Seksyen 17 Shah Alam. 2 pasangan pengantin sekali gus... Norhazwani Hj Mohd Hasri dan Mohd Fikri Hj Mohd Hasri (anak-anak kepada Rafidah bt Kassim (kini Hjh Rafidah-x-sm3kbian) dengan pasangan mereka Mohd Firdaus Hasan & Fauziah Mat Salleh. Pengantin belum datang jadi tak ada gambar.. yang ada tetamu yang turut hadir xx yang lain ...tengok kenal lagi ke idak.
Monday, November 28, 2011
Dulu Kakak kini Adik pulak
Thursday, November 17, 2011
Kempen tambah ahli
Khamis,17.11.11 - Kempen tambah ahli telah dijalankan oleh JK Keahlian pimpinan Sdr Fateh bertempat di bilik mesyuarat SM3KB. Sasaran ialah semua pelajar PPU Atas yang akan meninggalkan sekolah akhir tahun ini.
Wednesday, August 17, 2011
Majlis IFTOR di Asrama
Selasa, 16.8.11 - Sempena malam Nuzul Quran, ALUMNI telah mengadakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak2 yatim dan yang memerlukan. Turut disumbangkan set bacaan berupa majalah untuk PSS Asrama.
Friday, July 15, 2011
MESYUARAT JK KALI KE 3
Mesyuarat Jk Kali ke 3 seang berlangsung di rumah Pengerusi ALUMNI Datuk Seri Hakim Borhan di Shah Alam. Mesyuarat berstuju iuntuk menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadhan antaranya :
1. Ifotr di asrama pada 16 Ogos (Selasa) sempena cuti Nuzul Quran - kepada yang ingin ikut serta diminta hubungi Cikgu Syed di talian 0173159636 atau 013-6022095 sebelum 10 Ogos 2011.
2. Menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang memerlukan bantuan sambut hari raya.
3. Hi-Tea sempena hari raya pada 17.9.11 (Sabtu) untuk semua yang berminat di Nelly's Ulu Yam. Maklumat lengkap menyusul kemudian.

Friday, July 1, 2011
Signboard ke Asrama
Signboard ke pintu masuk asrama SM3KB telah dipsang seperti dijanjikan sebelum berakhir bulan Jun. Atas sumbangan yang dihulurkan, diucapkan terima kasih tidak terhingga walaupun masih belum mencukupi. Kepada x-sm3kbian yang ingin menyumbang boleh buat transfer ke akaun MBB 0-12071-30649-6 . Projek tumpunan selepas ini ialah baiki astaka - tukar bumbung yang hampir roboh, bina halangan laluan kelilingnya dan dimozekkan tangga / tempat duduk astaka. Kosnya ..boleh tahan tapi kalau setiap x-sm3kbian sumbang RM10.00 sorang pun cukup rasanya.
Terkini ... terima kasih kepada batch 84 yang telah sumbangkan RM180.00. Pembekal telah beri diskaun RM200 menjadikan kos 2 set RM600 sahaja. Masih ada peluang menabur bakti dan menuai pahala untuk cukupkan lagi RM170 hinggit je.

Friday, June 3, 2011
REUNION D ASRAMA - SUKSES
Program Reunion D Asrama yang telah diadakan pada hari Sabtu hingga Ahad (28-29 Mei 2011) telah berjaya menyatukan semula rakan-rakan lama di kalangan pelajar dan warden asrama. Program yang pada mula disusun untuk bekas pelajar asrama telah berubah menjadi satu reunion di asrama kerana ada juga bekas pelajar yang tidak mahu melepaskan peluang berada bersama rakan-rakan yang telah terpisah selama hampir 30 tahun. Dengan kehadiran mencapai 50 orang sesuatu yang diluar jangkaan - suasana riang & ceria senatiasa menyelubungi semua yang hadir. Majlis menjadi bertambah seri apabila bekas warden tahun 1972-1979 Cikgu Zakaria a.k.a Cikug Koya turut hadir bersama isteri dan bermalam di asrama bersama 20 orang bekas pelajar yang lain. Turut tidak ketinggalan bekas pelajar dari Sabah, Azman Amat dan isteri, yang sudi terbang dari jauh hanya untuk reunion yang julung-julung kali diadakan ini. Majlis bermula dari pukul 4 petang apabila sesi pendaftaran dan minum petang sudah terserlah rasa kegembiraan di kalangan yang hadir. Selepas makan malam ( dengan menu nostalgik - cencaru jaket & lauk sardin), solat maghrib berjemaah diselangi dengan bacaan Yassin dan tahlil untuk semua arwah pengetua, guru / warden dan bekas pelajar yang telah dahulu pergi menghadap Ilahi - semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat. Kemuncak majlis bermula selepas solat Isyak. Bertempat di Dewan Gemilang sesi taaruf telah memdedahkan pelbagai rahsia yang tersimpan sekian lama untuk dijadikan bahan kenangan mengusik jiwa. Santapa malam dihidangkan dengan BBQ -sotong, udang, jagung dan bubur kacang cicah roti / biskut. Sesi kira-kira pukul 12 mlm tetapi disambung secara tidak formal (dengar khabar hingga 2-3 pagi). Pada pagi keesokan harinya, rombongan Cik Kiah telah dibawa melawat sekitar kawasan sekolah sebelum sarapan. Acara perpisahan buat kali ini yang sepatutnya selesai pukul 9 pagi telah berlarutan hingga 11 pagi kerana banyak lagi cerita yang belum cukup disampaikan. Makanya siri kedua reunion seperti ini akan diadakan tidak lama lagi, Terima kasih kepada semua yang hadir dan sokongan yang telah diberikan.
Sehubungan dengan itu kerjasama dari semua x-sm3kbian amat diharapkan agar sudi menyumbang kepada kepada program keceriaan sekolah antaranya :
1. Memasang papan tanda arah pintu masuk ke asrama - 2 buah @RM800.00
2. Menaiktaraf astaka - tukar bumbung, tambah siling,pasang tiles dan tembok keliling - @RM6000.00
3. Memasang 4 set aircon di 2 buah dewan makan asrama - 8 set @ RM12 000.00
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Syed di talian 017-3159636l
Gambar kenangan di http://www.koleksialumni.blog.com/

Subscribe to:
Posts (Atom)