Friday, April 25, 2014

Pertemuan dgn Pengetua

Jumaat, 25.04.14 - Satu sesi pertemuan dengan Pengetua Cemerlang SMKKKB telah riadakan untuk membincangkan beberapa perkara termasuk
I.  Wakil ALUMNI (Jurucakap) ke sekolah Hj Syed Hassan bin Hj Syed Mohamad.
2.  Dato Isa mantan YB Istihar SMKKKB adalah sekolah angkat FELDA.
3.  Aktiviti-aktiviti dalam perancangan - bantuan hari raya utk pelajar miskin, majlis berbuka puasa asrama, pertandingan pidato & Makan malam.
4.   Meminta pengesahan pihak sekolah  bangunan wakaf utk dijsfikan pejabat ALUMNI.

Sunday, March 30, 2014

AHAD,30.03.14 - Mesyuarat AJK kali pertama selepas Mesyuarat Agung ke-5, sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB dipengerusikan oleh Sdr Mohd Fateh bin Hanif yang mengekalkan jawatan Pengerusi  Alumni SMKKKB. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada ahli jk yang dilantik semula dan menalu-alukan kehadiran ajk yang baru dilantik.  Mesyuarat telah membincangkan beberapa isu berbangkit dan perancangan tahun 2014.

Monday, February 17, 2014

NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-3

Dijemput semua bekas pelajar ahli atau belum ahli ALUMNI SM3KB untuk sama-sama hadir ke Mesyuarat Agung kali ke-5 yang akan diadakan pada hari Ahad 23.02.14 bertempat di Dewan sekolah bermula jam 9.00 pagi. Semoga kehadiran anda akan memeriahkan lagi majlis yang akan diadakan.

Wednesday, July 31, 2013

IFTAR BERSAMA PELAJAR ASRAMA 2013

Selasas,30.07.13 - Kena pada tarikh 20 Ramadhan, JK bersama beberapa ahli ALUMNI telah mengadakan Majlis Iftar bersama putera puteri Asrama SM3KB. Bermula dengan bacaan Yassin untuk arwah-arwah guru dan pelajar SM3KB yang telah mendahului bertemu Yang Khalik. Selepas siri ucapan, penyampaian sumbangan persediaan raya kepada anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan telah disampaikan oleh Pengerusi ALUMNI Tn Hj Mohd Fateh bin Hanif. Tahun ini ahli ALUMNI turut menyumbangkan beberapa naskah Al-Quran untuk diletakkan di surau asrama dan sekolah. Terima kasih kepada yang sudi hadir, terima kasih kepada penyumbang2, terima kasih semua. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATHIN.













Sunday, February 24, 2013

MESYUARAT AGUNG KE-4 2013

Ahad, 24.02.13 - Mesyuarat Agung kali ke-4 sedang berlangsung di Dewan Bestari SM3KB. Mesyuarat dirasmikan oleh mantan Pengerusi Alumni Y.Berbahagia Datuk Seri Abd Hakim Borhan.












Thursday, January 24, 2013

Pertandingan Merekacipta

Alumni SM3KB telah melancarkan pertandingan merekacipta muka depan buku mesyuarat agung ke-4.Pertandingan terbuka kepada ahli dan bekas pelajar SM3KB. Hadiah tunai RM 100 dan akan menjadi kulit laporan MM tahun 2013. Logo persatuan boleh dimuat turun dari facebok alumni. Butiran diperlukan..MESYUARAT AGUNG KALI KE-4 PERSATUAN ALUMNI SMK KKB. 24 FEBRUARI 2013 (AHAD)DI  DEWAN BESTARI SMKKKB. 9.00 PAGI. Sebarang pertanyaan sila hubungi mohdfatehhanif@gmail.com atau zaharahsaid51@gmail.comarikh tutup penyertaan 10.2.13.

Mesy jk 1/2013

Khamis,23.01.13- Mesy jk kali 1/13 di Restoran RosJar KKB bermula 11 pagi. Mesy dihadiri 10 org jk membincangkan agenda agenda Mesy Agung ke-5.