Seorang lagi sm3kbian telah melangsungkan perkahwinan nun jauh di Negeri Bawah Bayu - Ranau Sabah pada hari Sabtu 20 Mac 2010 lalu. Kesempatan menyaksikan dan berada bersama dalam majlis adat orang Dusun amat meriah sekali. Satu kelainan yang dapat dikatakan ialah majlis perkahwinan berlangsung dari awal pagi (acara akad nikah)...berarak pengantin keliling pekan dan kampung (naik kereta dibungakan) diiringi pasukan belia bermotosikal, lori pemain gong dan sanak saudara yang ingin turut 'pusing-pusing' bersama pengantin. Majlis makan-makan seperti pada waktu kenduri kahwin bermula dari jam 1.00 hingga lewat malam. Masyarakat di sini lebih suka datang pada sebelah petang hingga ke malam selepas bekerja di siang hari. Sebab itu, kumpulan hiburan pun balik sampai malam kerana pada sebelah malam diadakan sesi memotong kek, suap menyuap antara pengantin dan ibu bapa pengantin. Tetami terus-terusan datang menikmati hidangan dan dendangan hiburan yang disediakan sehingga lewat malam. Memang terasa kemeriahan dalam majlis seperti ini.
Dan pada kesempatan ini juga pencatat telah berpeluang bertemu dengan bekas pelajar dari Sabah pada tahun 1979-1982
Hj Azman bin Ahmad @Amat (Tel :0138641800 Email: Azmah-1800@hotmail.com) , Ajmain (Jepun) -Tel 0138609971 dan
No comments:
Post a Comment