Selasas,30.07.13 - Kena pada tarikh 20 Ramadhan, JK bersama beberapa ahli ALUMNI telah mengadakan Majlis Iftar bersama putera puteri Asrama SM3KB. Bermula dengan bacaan Yassin untuk arwah-arwah guru dan pelajar SM3KB yang telah mendahului bertemu Yang Khalik. Selepas siri ucapan, penyampaian sumbangan persediaan raya kepada anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan telah disampaikan oleh Pengerusi ALUMNI Tn Hj Mohd Fateh bin Hanif. Tahun ini ahli ALUMNI turut menyumbangkan beberapa naskah Al-Quran untuk diletakkan di surau asrama dan sekolah. Terima kasih kepada yang sudi hadir, terima kasih kepada penyumbang2, terima kasih semua. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATHIN.
Wednesday, July 31, 2013
Sunday, February 24, 2013
MESYUARAT AGUNG KE-4 2013
Ahad, 24.02.13 - Mesyuarat Agung kali ke-4 sedang berlangsung di Dewan Bestari SM3KB. Mesyuarat dirasmikan oleh mantan Pengerusi Alumni Y.Berbahagia Datuk Seri Abd Hakim Borhan.
Thursday, January 24, 2013
Pertandingan Merekacipta
Alumni SM3KB telah melancarkan pertandingan merekacipta muka depan buku mesyuarat agung ke-4.Pertandingan terbuka kepada ahli dan bekas pelajar SM3KB. Hadiah tunai RM 100 dan akan menjadi kulit laporan MM tahun 2013. Logo persatuan boleh dimuat turun dari facebok alumni. Butiran diperlukan..MESYUARAT AGUNG KALI KE-4 PERSATUAN ALUMNI SMK KKB. 24 FEBRUARI 2013 (AHAD)DI DEWAN BESTARI SMKKKB. 9.00 PAGI. Sebarang pertanyaan sila hubungi mohdfatehhanif@gmail.com atau zaharahsaid51@gmail.comarikh tutup penyertaan 10.2.13.
Mesy jk 1/2013
Khamis,23.01.13- Mesy jk kali 1/13 di Restoran RosJar KKB bermula 11 pagi. Mesy dihadiri 10 org jk membincangkan agenda agenda Mesy Agung ke-5.
Sunday, December 16, 2012
Kursus ICT pertama
Ahad,16.12.12 - Seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat JK, kursus pemantapan internet/FACEBOOK sedang berlangsung di Makmal Bestari SM3KB. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada aktiviti anjuran Biro Dokumentasi ALUMNI SM3KB. Sesi pertama ini dihadiri oleh 11 ahli JK dan dipimpin oleh Sdr Nor Adabi. Pengerusi Persatuan ALUMNI yang turut hadir berharap penyertaan lebih ramai AJK akan memenafaatkan peluang ini pada minggu-minggu seterusnya.
Kursus seterusnya diadakan pada 30.12.12 dan 5.1.13.Kursus akan datang pada 3.2.13.
Saturday, December 8, 2012
Mesyuarat JK akhir 2012
Sabtu,7.12.12 - Mesyuarat JK sedang berlangsung di Peerangsang Templer Golf Club, Rawang. Mesyuarat bersetuju atas beberapa perkara :
1. Mesyuarat Agung akan diadakan pada hari Ahad 24 Februari 2013. Semua pengerusi biro diminta menyerahkan laporan sebelum 31.12.12 kepada Setiausaha.
2. Kursus ICT untuk yang berminat pada setiap Ahad bermula 16.12.12 di Makmal Bestari SM3KB - pengisian mengenali FACEBOOK, aplikasi Word dan PPT.
Thursday, August 9, 2012
IFTOR BERSAMA PENGHUNI ASRAMA
Khamis, 9.8.12 - Bermula 6 ptg hari ini, ALUMNI telah dapat mengadakan
majlis berbuka puasa bersama penghuni asrama SM3KB. Majlis turut
diserikan dengan kehadiran wakil Sdr Rozali Ismail (SYABAS)- x-sm3kbian
yang sudi menyumbangkan dana RM5K kepada ALUMI. Sumbangan disampaikan
oleh wakil beliau Datuk Dr. Muzahet Masruri. ALUMNI sendiri telah
menyumbang bantuan hari raya kepada 55 orang pelajar sekolah ini serta 2
buah PC untuk kegunaan penghuni asrama (sumbangan peribadi Datuk Seri
Abd Hakim Borhan - mantan pengerusi ALUMNI & Hj Abd Fateh -
pengerusi ALUMNI). Majlis bermula di Dewan Gemilang Asrama dengan
ucapan-ucapan dan penyampaian sumbangan. Iftor telah berlangsung di
Dewan Makan diikuti dengan solat Maghrib. Sesi bacaan surah Yassin
& tahlil telah dihadiahkan khusus kepada arwah pengetua, guru
& pelajar SM3KB yang telah kembali terlebih dahulu. Solat
tarawih dan tazkirah telah dipimpin oleh Us Mohd Afif bin Nasaruddin.



Subscribe to:
Posts (Atom)
























