Khamis, 9.8.12 - Bermula 6 ptg hari ini, ALUMNI telah dapat mengadakan
majlis berbuka puasa bersama penghuni asrama SM3KB. Majlis turut
diserikan dengan kehadiran wakil Sdr Rozali Ismail (SYABAS)- x-sm3kbian
yang sudi menyumbangkan dana RM5K kepada ALUMI. Sumbangan disampaikan
oleh wakil beliau Datuk Dr. Muzahet Masruri. ALUMNI sendiri telah
menyumbang bantuan hari raya kepada 55 orang pelajar sekolah ini serta 2
buah PC untuk kegunaan penghuni asrama (sumbangan peribadi Datuk Seri
Abd Hakim Borhan - mantan pengerusi ALUMNI & Hj Abd Fateh -
pengerusi ALUMNI). Majlis bermula di Dewan Gemilang Asrama dengan
ucapan-ucapan dan penyampaian sumbangan. Iftor telah berlangsung di
Dewan Makan diikuti dengan solat Maghrib. Sesi bacaan surah Yassin
& tahlil telah dihadiahkan khusus kepada arwah pengetua, guru
& pelajar SM3KB yang telah kembali terlebih dahulu. Solat
tarawih dan tazkirah telah dipimpin oleh Us Mohd Afif bin Nasaruddin.



No comments:
Post a Comment