Friday, July 6, 2012

Mesy jk Bil 2/2012

Jumaat,6.07.12 - Mesyuarat kali ke 2 telah diadakan petang hari ini bermula 3.30 ptg. Pelbagai resolusi telah dicapai dalam mesyuarat kali ini khususnya perancangan aktiviti untuk tahun 2012.  Semua aktiviti yang dirancang adalah perlu kepada penyertaan semua ahli ALUMNI. Untuk tempoh yang terdekat, aktiviti yang dirancang adalah :
1. Lawatan ke Hatyai pada 4 hingga 7 Oktober 2012. Peluang untuk ikut serta masih dibuka. Sila hubungi Setiausaha ALUMNI untuk keterangan lanjut.
2. Iftor bersama penghuni asrama pada 8 Ogos 2012 di Asrama SM3KB. Sumbangan bantuan kepada pelajar yang memerlukan dan sumbangan 2 buah komputer akan disampaikan untuk kegunaan penghuni asrama.
3. Jamuan Hari Raya akan diadakan pada 8.9.12 (Sabtu) di Dewan Serbaguna bermula 8 mlm. Tiket boleh didapati daripada AJK mulai 1 Ogos 2012.
4. Pertandingan PIDATO untuk pelajar PPU akan diadakan pada awal bulan November 2012.
5. Kursus IT untuk AJK ALUMNI akan diadakan selepas raya.
Adalah menjadi harapan JK ALUMNI, semua perancangan aktiviti ini akan mendapat kerjasama serta penglibatan semua x-SM3KBian.

No comments: