Friday, July 13, 2012

Mesy JK Pelaksana Jamuan Hari Raya 2012

Jumaat, 13.07.12 - Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pelaksana Jamuan Hari Raya ALUMNI tahun 2012 sedang berlangsung di Bilik Seni SM3KB. JK bersetuju untuk mengadakan majlis tersebut pada 15 September 2012 bermula 8 malam di Dataran SMK KKB. Sumbangan untuk menjayakan majlis ini terbuka kepada semua -ahli dan bukan ahli ALUMNI SMKKKB bernilai RM50.00 seorang. Untuk mendapatkan tiket penyertaan akan dimaklumkan kemudian. Bersama-samalah kita menyumbang untuk ALUMI dan berpeluang beramah mesra dengan kawan-kawan lama setelah sekian lama tidak ketemu.  Peluang untuk memohon maaf atas ketelanjuran kata atau perbuatan di masa lampau pada hari dan bulan Syawal yang mulia. BERJUMPA DI SANA....!!!

No comments: