Thursday, January 24, 2013
Pertandingan Merekacipta
Alumni SM3KB telah melancarkan pertandingan merekacipta muka depan buku mesyuarat agung ke-4.Pertandingan terbuka kepada ahli dan bekas pelajar SM3KB. Hadiah tunai RM 100 dan akan menjadi kulit laporan MM tahun 2013. Logo persatuan boleh dimuat turun dari facebok alumni. Butiran diperlukan..MESYUARAT AGUNG KALI KE-4 PERSATUAN ALUMNI SMK KKB. 24 FEBRUARI 2013 (AHAD)DI DEWAN BESTARI SMKKKB. 9.00 PAGI. Sebarang pertanyaan sila hubungi mohdfatehhanif@gmail.com atau zaharahsaid51@gmail.comarikh tutup penyertaan 10.2.13.
Mesy jk 1/2013
Khamis,23.01.13- Mesy jk kali 1/13 di Restoran RosJar KKB bermula 11 pagi. Mesy dihadiri 10 org jk membincangkan agenda agenda Mesy Agung ke-5.
Sunday, December 16, 2012
Kursus ICT pertama
Ahad,16.12.12 - Seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat JK, kursus pemantapan internet/FACEBOOK sedang berlangsung di Makmal Bestari SM3KB. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada aktiviti anjuran Biro Dokumentasi ALUMNI SM3KB. Sesi pertama ini dihadiri oleh 11 ahli JK dan dipimpin oleh Sdr Nor Adabi. Pengerusi Persatuan ALUMNI yang turut hadir berharap penyertaan lebih ramai AJK akan memenafaatkan peluang ini pada minggu-minggu seterusnya.
Kursus seterusnya diadakan pada 30.12.12 dan 5.1.13.Kursus akan datang pada 3.2.13.
Saturday, December 8, 2012
Mesyuarat JK akhir 2012
Sabtu,7.12.12 - Mesyuarat JK sedang berlangsung di Peerangsang Templer Golf Club, Rawang. Mesyuarat bersetuju atas beberapa perkara :
1. Mesyuarat Agung akan diadakan pada hari Ahad 24 Februari 2013. Semua pengerusi biro diminta menyerahkan laporan sebelum 31.12.12 kepada Setiausaha.
2. Kursus ICT untuk yang berminat pada setiap Ahad bermula 16.12.12 di Makmal Bestari SM3KB - pengisian mengenali FACEBOOK, aplikasi Word dan PPT.
Thursday, August 9, 2012
IFTOR BERSAMA PENGHUNI ASRAMA
Khamis, 9.8.12 - Bermula 6 ptg hari ini, ALUMNI telah dapat mengadakan
majlis berbuka puasa bersama penghuni asrama SM3KB. Majlis turut
diserikan dengan kehadiran wakil Sdr Rozali Ismail (SYABAS)- x-sm3kbian
yang sudi menyumbangkan dana RM5K kepada ALUMI. Sumbangan disampaikan
oleh wakil beliau Datuk Dr. Muzahet Masruri. ALUMNI sendiri telah
menyumbang bantuan hari raya kepada 55 orang pelajar sekolah ini serta 2
buah PC untuk kegunaan penghuni asrama (sumbangan peribadi Datuk Seri
Abd Hakim Borhan - mantan pengerusi ALUMNI & Hj Abd Fateh -
pengerusi ALUMNI). Majlis bermula di Dewan Gemilang Asrama dengan
ucapan-ucapan dan penyampaian sumbangan. Iftor telah berlangsung di
Dewan Makan diikuti dengan solat Maghrib. Sesi bacaan surah Yassin
& tahlil telah dihadiahkan khusus kepada arwah pengetua, guru
& pelajar SM3KB yang telah kembali terlebih dahulu. Solat
tarawih dan tazkirah telah dipimpin oleh Us Mohd Afif bin Nasaruddin.



Friday, July 13, 2012
Mesy JK Pelaksana Jamuan Hari Raya 2012
Jumaat, 13.07.12 - Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pelaksana Jamuan Hari Raya ALUMNI tahun 2012 sedang berlangsung di Bilik Seni SM3KB. JK bersetuju untuk mengadakan majlis tersebut pada 15 September 2012 bermula 8 malam di Dataran SMK KKB. Sumbangan untuk menjayakan majlis ini terbuka kepada semua -ahli dan bukan ahli ALUMNI SMKKKB bernilai RM50.00 seorang. Untuk mendapatkan tiket penyertaan akan dimaklumkan kemudian. Bersama-samalah kita menyumbang untuk ALUMI dan berpeluang beramah mesra dengan kawan-kawan lama setelah sekian lama tidak ketemu. Peluang untuk memohon maaf atas ketelanjuran kata atau perbuatan di masa lampau pada hari dan bulan Syawal yang mulia. BERJUMPA DI SANA....!!!
Friday, July 6, 2012
Mesy jk Bil 2/2012
Jumaat,6.07.12 - Mesyuarat kali ke 2 telah diadakan petang hari ini bermula 3.30 ptg. Pelbagai resolusi telah dicapai dalam mesyuarat kali ini khususnya perancangan aktiviti untuk tahun 2012. Semua aktiviti yang dirancang adalah perlu kepada penyertaan semua ahli ALUMNI. Untuk tempoh yang terdekat, aktiviti yang dirancang adalah :
1. Lawatan ke Hatyai pada 4 hingga 7 Oktober 2012. Peluang untuk ikut serta masih dibuka. Sila hubungi Setiausaha ALUMNI untuk keterangan lanjut.
2. Iftor bersama penghuni asrama pada 8 Ogos 2012 di Asrama SM3KB. Sumbangan bantuan kepada pelajar yang memerlukan dan sumbangan 2 buah komputer akan disampaikan untuk kegunaan penghuni asrama.
3. Jamuan Hari Raya akan diadakan pada 8.9.12 (Sabtu) di Dewan Serbaguna bermula 8 mlm. Tiket boleh didapati daripada AJK mulai 1 Ogos 2012.
4. Pertandingan PIDATO untuk pelajar PPU akan diadakan pada awal bulan November 2012.
5. Kursus IT untuk AJK ALUMNI akan diadakan selepas raya.
Adalah menjadi harapan JK ALUMNI, semua perancangan aktiviti ini akan mendapat kerjasama serta penglibatan semua x-SM3KBian.
1. Lawatan ke Hatyai pada 4 hingga 7 Oktober 2012. Peluang untuk ikut serta masih dibuka. Sila hubungi Setiausaha ALUMNI untuk keterangan lanjut.
2. Iftor bersama penghuni asrama pada 8 Ogos 2012 di Asrama SM3KB. Sumbangan bantuan kepada pelajar yang memerlukan dan sumbangan 2 buah komputer akan disampaikan untuk kegunaan penghuni asrama.
3. Jamuan Hari Raya akan diadakan pada 8.9.12 (Sabtu) di Dewan Serbaguna bermula 8 mlm. Tiket boleh didapati daripada AJK mulai 1 Ogos 2012.
4. Pertandingan PIDATO untuk pelajar PPU akan diadakan pada awal bulan November 2012.
5. Kursus IT untuk AJK ALUMNI akan diadakan selepas raya.
Adalah menjadi harapan JK ALUMNI, semua perancangan aktiviti ini akan mendapat kerjasama serta penglibatan semua x-SM3KBian.
Subscribe to:
Posts (Atom)










